Sudut Perspektif Iddy
Artikel yang ditulis oleh Dr Rahmat
Ghazali, seorang ahli akdemik, ini membuka minda kita bahawa kebebsan berita
dan informasi siber bukanlah seperti yang kita jangkakan. Meliahat kepada
konsep atau idea yang cuba Dr Rahmat ketengahkan adalah hakikat sebenar dunia
siber dan kesannya yang kita selama ini pejamkan sebelah mata hanya kerana
dasar kata ahati atau mengikut pandangan sekeliling yang berpendapat bahawa
kebebasan berita dan informasi siber itu perlu.
Jika didalami, ada benarnya bahawa sejauh mana lagikah masyarakat kita mahukan kebebsan dalam dunia siber? Tidakkah kita sedar bahaw kebebsan itu kadangkalanya memang oatut dibedung kerana ia boleh bertukar menjadi bom jangka yang tidak kita tahu bila akan meletup? Secara logiknya, ibubapa juga tidak memberi kebebsan yang padu kepada anak-anak. Atas dasar apakah? Tentunya kerana ibubapa terlebih dahulu telah tahu bahwa kebebasan yang mutlak akan merosakkan akhlak anak mereka. Situasi yang sama jika kita cuba bandingkan dengan kebebasan dunia siber. Pihak kerajaan bertindak sebagai ibubapa kita yang cuba menghalang kita dari melakukan kesilapan yang boleh mempengaruhi hidup kita kelak.
Menurut artikel ini juga, Dr Rahmat ada menyebut mengenai sebaik-baik sahaja AKM 1998 dimaktubkan terhamburlah laman-laman web seperti Mahafiraun, Mahazalim, dan banyak lagi yang menyerang mantan Perdana Menteri ketika itu. Nilai-nilai budaya Melayu seperti budi bahasa, kesopanan dan kesusilaan, terlebur dan banyaklah maki-hamun dan sumpah- seranah yang tidak mahu kita lihat terhambur melalui ruang siber. Ada benarnya, jika kita lihat kini, tidak perlu di laman web mahupun blog-blog, cukuplah sekadar di lama sosial yang semakin hari semakin popular dikalangan rakayat Malaysia tidak mengira umur. Setiap hari boleh didapati akan ada status mahupun “tweet” yang menghamburkan kata-kata kesat, ayat-ayat yang tidak sopan, seolah-olah itu telah menjadi sebahagian dari budaya hidup kita. Adakah ini kesan daripada kebebasan berita dan informasi siber yang dikatakan mengongkong? Adakah jenis ilmu dan pengetahuan yang disampaikan sehingga situasi yang dikatakan di laman sosial seperti Twitter dan Facebook itu dianggap normal?
Disamping itu, jika benar kebebasan berita dan informasi siber adalah suatu keperluan untuk endapatkan kebenaran, adakah kita mampu menerima fakta kebenaran itu dengan cara yang bertamadun? Melihatkan sikap masyarakat Malaysia yang dari dahulu sehingga kini yang masih baran, kurang sabar dan cepat melenting, mampukah kita berhadapan dengan kebenaran melalui kebebsan yang dituntut? Itulah persoalan penting yang harus dijawab oleh majoriti sebelum mempertikaikan keputusan pihak kerajaan.
Ada pepatah Melayu mengatakan ukur baju dibadan sendiri, maka hendaklah kita cuba ukur dahulu pendirian dan tahap kemajuan akal rakyat kita sebelum kita bandingkan dengan taraf kebebasan berita dan informasi di negara lain. Sesungguhnya populasi dan cara hidup mereka berbeda dengan kita dan itu sedikit sebanyak mampu memberi efek terhadap apa yang bakal kita persembahkan kepada umum di laman siber, penerima masing-masing yang akan berbeza-beza mampu menimbulkan isu-isu berlanjutan yang berunsur amarah dan akhirnya memecah belahkan masyarakat kita sendiri.
Namun, jika benar kita sudah bersedia, kita sendiri harus buktikan kepada dunia bahawa kita tidak lagi seperti dahulu, bertindak melulu, bersengketa sesama kita, di saat itu mata dunia akan terbuka untuk melihat kita lebih dari yang mahu tonjolkan.